|
Permohonan
lesen import kenderaan
Maklumat tentang permohonan lesen import untuk kenderaan persendirian
ke Malaysia boleh didapati di surat1,
surat2 ini. Sila rujuk ke
surat tersebut untuk peraturan-peraturan untuk membawa balik kenderaan.
Kepada Pelajar yang menghadapi masalah
Kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan ingin membincang dengan
pihak kedutaan, sila mail kepada En.
Saripuddin Bin Kassim atau En.
Abang Othman Abang Yusof
Mesej
Dari Bahagian Konsular Kedutaan Besar Malaysia
Bahagian Konsular merupakan salah satu daripada
bahagian yang penting di Kedutaan. Bahagian ini antara lain menawarkan
perkhidmatan seperti:
(a) Imigresen - Urusan Pasport dan Visa.
(b) Notarial - Pengesahan dokumen, Penterjemahan.
(c) Pendaftaran -Kelahiran, Perkahwinan.
(d) Konsular - Kes-kes Tangkapan, Kesusahan atau Kematian
yang melibatkan rakyat Malaysia.
Semua
urusan dengan Bahagian Konsular boleh dibuat di Kaunter Konsular yang
terletak di tingkat satu Kedutaan. Kaunter ini dikendalikan oleh tiga
kakitangan ambilan tempatan dan mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa
Jepun dan Inggeris.Waktu berurusan dengan Kaunter Konsular adalah seperti
berikut:-
|
Hari
|
Masa
|
|
Isnin-Khamis
|
9:00 pagi -12:30 t/hari
(Permohonan)
1:30 petang-5:00 petang (Pengambilan dokumen)
|
|
Jumaat
|
9:00 pagi -11:30 t/hari
(Permohonan)
1:30 petang-5:00 petang (Pengambilan dokumen)
|
|
Sabtu,Ahad,Cuti Umum
|
Tutup
|
Sekiranya
ingin mendapat keterangan lanjut atau lain-lain maklumat mengenai perkhidmatan
yang ditawarkan oleh Bahagian Konsular, datang sendiri ke Kaunter Konsular
atau sila hubungi talian seperti berikut:-
Tel: (03)3476-3849
talian terus
(03)3476-3840
samb.-209 Tuan Syed Abdul Hamid
-212
En. Kitahori
-202
Cik Keiko Ohbu
Faks:(03)3476-4971
Pasport Antarabangsa
Malaysia
Pasport
merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi memudahkan
warganegaranya melakukan perjalanan ke luar negeri.Pasport dikategorikan
sebagai dokumen penting dan terkawal. Pasport tetap menjadi hak milik
Kerajaan dan pemberiannya boleh ditarik balik pada bila-bila masa.Adalah
menjadi tanggungjawab setiap pemegang pasport untuk memastikan bahawa
pasport yang dikeluarkan kepadanya sentiasa berada dalam keadaan baik
dan selamat.
(a) menyimpan pasport di tempat yang tertutup dan
berkunci;
(b) memastikan bahawa pasport tidak terdedah kepada
sesuatu yang boleh merosak atau mencatatkannya seperti air dan api;
(c) jangan mengubahsuai sebarang butiran yang telah
sedia tercatat di dalam pasport;
(d) jangan menyerahkan pasport ke tangan orang yang
tidak berhak ke atasnya dan lain-lain lagi.
Sekiranya cuai dalam menjaga keselamatan pasport, maka ada kemungkinan
pasport tersebut jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab
yang menggunakannya untuk tujuan penipuan, penyamaran, sindiket penjualan
pasport dan sebagainya.
Adab Ketika
Di Kedutaan
Sekiranya berurusan di Kaunter Konsular di Kedutaan,
sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:
(a) Berpakaian kemas dan bersih;
(b) Jangan membuat bising
(c) Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor
giliran tiba;
(d) Jangan merokok di tempat yang dilarang;
(e) Jangan membuang sampah merata-rata dan
(f) Gunakan bahasa yang sopan ketika berurusan.
Kehilangan /
Kerosakan Pasport
Sekiranya mengalami kehilangan atau kerosakan
pasport di luar negeri, sila laporkan berita kehilangan atau kerosakan
tersebut dengan seberapa segera kepada pihak berkuasa tempatan (polis)
dan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat.
Dalam hal ini, sila berikan maklumat lengkap mengenai butir-butir pasport
yang hilang atau rosak, tarikh, masa dan tempat pasport tersebut hilang
atau rosak dan lain-lain maklumat yang dirasakan berkaitan.
Pendaftaran
Diri Dengan Kedutaan
Setiap warganegara Malaysia yang bercadang untuk
menetap lama di sesebuah negara di luar Persekutuan, adalah dituntut
supaya mendaftarkan diri dengan mana-mana pejabat Perwakilan Malaysia
yang terdekat.Pendaftaran diri dengan Kedutaan adalah penting dan kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan:
(a) Lambat mendapat bantuan daripada kedutaan sekiranya
berlaku kesusahan seperti bencana alam atau darurat
(b) Kewarganegaraan mereka yang memperolehi taraf
kewarganegaraan Malaysia di bawah Artikel 25(2) Perlembagaan Malaysia
dilucutkan.
Pendaftaran
diri dengan Kedutaan juga dapat memudahkan Kedutaan dalam urusan berikut:
(a) Mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang berada
di sesebuah negara asing;
(b) Mengenalpasti kedudukan rakyat Malaysia di sesebuah
negara asing;
(c) Memberi bantuan kepada rakyat Malaysia sekiranya
barlaku bencana alam atau lain-lain kesusahan di sesebuah negara asing;
(d) Menghubungi keluarga/waris di Malaysia sekiranya
berlaku kesusahan kepada rakyat Malaysia di negara asing;
(e) Menyampaikan berita/maklumat yang diterima daripada
keluarga/waris di Malaysia kepada warganegara Malaysia di negara asing.
Sekiranya
terdapat sebarang perubahan alamat, nombor telefon atau lain-lain butiran
penting selepas pendaftaran dibuat, sila maklumkannya kepada Kedutaan
dengan seberapa segera dan sekiranya boleh, kemukakan maklumat tersebut
secara bertulis. Alamat Kedutaan adalah seperti berikut:
Bahagian Konsular,
Kedutaan
Besar Malaysia
20-16,
Nanpeidai-Cho,
Shibuya-ku,
Tokyo.

|