|
Prosedur penyertaan acara
Para
perserta yang ingin menyertai acara pada Hari Sukan PKPMJ 2001 perlu
melalui prosedur berikut.
i. Para peserta perlu MEMBACA
maklumat mengenai setiap acara yang dilampirkan pada maklumana ini
dengan teliti terlebih dahulu.
a)bola sepak
b)bola tampar
c)badminton
ii. SALIN borang
penyertaan yang boleh didapati di halaman ini
dengan HURUF BESAR.
iii. MULAKAN subject e-mail anda dengan tajuk [PENDAFTARAN]
iv. SALIN DAN TAMPAL borang yang telah anda isikan ke ruang kandungan
e-mail anda.
v. HANTARKAN borang penyertaan anda dalam bentuk mel elektronik terus
ke akaun e-mail berikut:
pkpmjsukan@hotmail.com
PERHATIAN : Semua penyertaan
perlu sampai ke penganjur SEBELUM 27 Oktober
2001.
iii. Kami akan menghantarkan
makluman balas kepada anda 7 hari sebelum hari pertandingan iaitu
sebelum 3 November 2001 kepada semua penyertaan yang diterima.
iv. Para peserta perlu MENDAFTARKAN DIRI di tempat pertandingan di
antra 9:00 hingga 10:30 pagi.
v. Voucer minuman dan bento yang akan diberikan dalam bilangan yang
mencukupi kepada setiap pasukan
Cara untuk ke Tokyo National College of Technology.
Ahli-ahli sekalian adalah digalakkan tidak datang
dengan kereta sendiri, memandangkan tempat untuk letak kereta adalah
terhad.Maklumat lanjut mengenai cara ke tempat pertandingan boleh didapati
melalui laman web berikut.
http://www.tokyo-ct.ac.jp/syomu/access.htm
CARA DATANG DENGAN MELALUI
KERETAPI
Tokyo National College of Technology.
( http://www.tokyo-ct.ac.jp/) terletak 2 minit perjalanan dari stesen
HAZAMA yang terletak di KEIO-LINE(
http://www.keio.co.jp/map/index.htm).
PENUTUP
Penyertaan dari para pelajar adalah amat diperlukan
dalam menjayakan Hari Sukan anjuran bersama PKPMJ-TIF pada kali ini.
Sehubungan itu, adalah menjadi harapan AJK PKPMJ 2001 agar pelajar-pelajar
akan hadir untuk menjayakan program tahunan PKPMJ ini. Sekian, terima
kasih.Sebarang kemusykilan
atau pertanyaan boleh dirujuk ke mail e berikut
pkpmjsukan@hotmail.com
PERHATIAN :
Sila mulakan tajuk e-mail anda denga [PERTANYAAN] untuk memudahkan urusan
penganjur.
|